18 September 2009 bersamaan dengan 28 Ramadan 1430H, Jumaat
Abang belanja makan buffet famili 102 di Resturant Sri Wangi Gadong.
Sebelum itu petangnya jam 1.00 tengah hari, mama menemani dd mengurus Visanya ke Kedutaan British.
Pada jam 5 petang kami mula bertolak dengan 2 buah kereta,
abang, didi, eboy, baby n acis dengan kereta KIA,
babah, mama, Wafi, Adah, Nini n anti Sri dengan kereta LEXUS.
setibanya kami di resturant, pelayan tersebut telah menunjukkan tempat meja yang telah disediakan yang mana abang telah booking melalui telfon.
Bermacam-macam jenis makanan untuk pilihan sungkaian, seperti ayam panggang, daging rendang, sayur pakis, sayur campur, ikan masak kari, cendol, buah-buahan, air bandung dan air suam juga telah disediakan.
Thank You bang, semoga abang nda lupa belanja lagi untuk babah, mama dan adik2 untuk tahun hadapan. Kami sekeluarga mendoakan abang semoga berjaya dan mencapai cita-cita yang dihajati.....
Selepas sungkai, kami terus ke Jaya Hypermart untuk berbelanja membeli pakaian kesukaan anak-anak.
No comments:
Post a Comment